Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha =)

'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?''
Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.''
Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.''
Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?''
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya.
Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt.
Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya,
Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?.
Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu;
Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan.
Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta.
Cinta seorang hamba kepada Tuannya.
Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.
Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya.
Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.
Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?
Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail,
kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!

Title: tiada Cinta Tanpa Pengorbanan (iluvislam.com)

Saturday, November 21, 2009

=)



Takutlah kamu semua kepada Allah, mengenai wanita (isteri) kerana kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah [Hadith riwayat Muslim]
found at yussamir.com =D

Thursday, November 19, 2009

Paradigma:Allah dan analogi (found at yussamir.com) =D

Kenapa Allah tidak menunjukkan diri-Nya sendiri kepada kita?
Selain itu, jika Dia Maha Berkuasa, sudah pasti Dia boleh buat apa sahaja.
Paling mudah Dia boleh angkat sebiji batu kemudian tunjukkan kepada kita.” Tanya Kassiah.
Saya mengambil sebatang pen, kemudian menyerahkannya kepada Kassiah. “Ambil ini, jawapannya ada di sini.”
“Er.. Jangan main-main.”“Siapa kata nak main-main.” Kassiah memusing-musingkan pen berwarna merah di tangannya.
“Cuba kau terangkan pada aku.” Suara Kassiah agak tegang.
“Jangan marah.” Saya mengambil pen tadi kemudian senyum kepadanya.
“Persoalan kau ada dua jawapan yang boleh aku beri.
Pertama berkenaan dengan mengapa Allah tidak menunjukkan diri-Nya kepada kita.
Sebelum kau sudah ada orang yang tanyakan hal ini.
Malahan pertanyaan orang ini dijawab sendiri oleh Allah.”
Kassiah memandang hairan.

“Orang tersebut ialah Nabi Musa. Dalam surah al-A’araf ayat 143 Allah berfirman,
“Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau."
Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku.
" Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu[565], dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan.
Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.

”“Untuk lebih kau faham, aku bagi kau satu analogi.
Bayangkan aku yang cipta pen merah ini. Kemudian, bila pen ini sudah siap, bolehkah pen ini melihat aku?” Tanya saya.
“Memang takkan nampak.”
“Betul, sebab aku cipta pen itu tanpa deria yang boleh melihat aku sebagai penciptanya.
Begitu jugalah dengan Allah, Dia menciptakan kita tanpa deria yang membolehkan kita melihat-Nya.
Allah boleh melihat kita, tetapi kita dan sekelian ciptaan-Nya tidak akan dapat melihat-Nya.” Kassiah mengangguk-angguk tanda setuju.

“Untuk persoalan kedua pula?” Tanya Kassiah
“Untuk persoalan kedua, aku suka bagi analogi “Manager dan Cleaner”.
Bayangkanlah kau seorang Manager di sebuah syarikat.
Semasa kau masuk ke bilik air syarikat, punyalah terkejut, bilik air sangat kotor.
Dalam masa yang sama ada seorang cleaner sedang melepak. Adakah kau akan membersihkan tandas itu atau cleaner tersebut?”
“Mestilah aku akan suruh cleaner tersebut.”“kenapa pula?” Saya provokasi.
“Sebab takkanlah aku pula yang kena basuh bilik air itu, sedangkan cleaner ada.”
“Tapi kau mampu buat kan?”
“Memanglah mampu, tapi itu bukan kerja aku dan tak layaklah aku sebagai manager kena buat kerja cleaner.”
“Ha.. Macam itulah Allah.

Dia mampu untuk melakukan segalanya tanpa ada sebarang halangan.
Tetapi untuk mengangkat batu dan menunjukkan kepada para hamba-Nya bukanlah sesuatu yang layak dan patut untuk Allah lakukan.
Kerana dia Maha Agung, dan Maha Berkuasa.

”Terang saya pada Kassiah.

Bagi saya modal analogi yang kena dengan logik, lagi memudahkan seseorang itu memahami dan menerima sesuatu jawapan.
Memahami konsep ketuhanan dan kekuasaan-Nya bukanlah sesuatu yang sukar dan memeningkan.
Keimanan kepada Islam bukanlah sebuah keyakinan yang membabi buta tanpa jawapan yang releven dan logik.
Islam sentiasa menyediakan setiap persoalan yang bermain di kepada manusia.
Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya.

“Katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan.” (Surah an-Naml 27:93)

Monday, November 16, 2009

Meaningful =) found this at iluvislam.com =D

Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke Mana perginya mentari yang dinanti
Begitulah hidup...


Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan

kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...
takkan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu

Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis
kerna merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerna Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah selapas hujan sirna kelamnya'
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'
(Al-Baqarah:284)

Friday, November 13, 2009

My exam ended today! =D

ok, my exam was... hurm... was an exam. hehe..i wanna have clear pass for all those papers! i do! i really dooo!!! and the osce too!! now all I can do is to pray to Allah =)

and this means.... my dress up mode is activated! and i have plans to be creatttiiivvveee too! just wait and see.. im planning to make dresses myself using floral fabric, laces and ribbons! =D
how wonderful is that? just wait and see. im excited! sooo excited! later im going to the shop and start hunting for those super sweet facric like candy =p, lots of pink shades of laces and ribbons =D ok well, i will give some space for other colours to join in too=p

i lurve lurve to explore my creativity =D i think i have quite exposed my eyes to alot of human body parts and organs pics these past few days.. now im gonna let my eyes to be pampered with floral, lacey, ribbony? =p stuff.. yay yay yay!

to all my friends out there, just to let u know, i lurve youuuuu =D
if u see any cat meow-ing, just imagine that's me saying hello =p

Friday, November 6, 2009

we don't get to see the light often.and when we do,appreciate it.

I dont wanna be a kind of person who only really think of Him when I have problems .
I dont want to only think of Him when Im down.
I want to always think of Him.
I want to thank Him first whenever I feel joy.
I want to always think of Him first when I wake up in the morning.
I want to think of him first before I close my eyes at night to sleep.

I need to improve my self, A lot.
It's not often to be able to feel how great He is just by looking how wonderful the sky is, how peaceful it feels when it rains...
And how He helps me in times when I need most.
But I make a lot of mistakes.
Over and over.
Again and again.
But I just hope I will always have His guidance.
Every time.
Every moment,
In my life.